Selasa, 28 November 2017

MATI PUCUK SEMBUH DENGAN NONI

Ini kisah nyata tentang seorang pegawai tentera (unit memasak) di sebuah kem tentera negeri Kedah. Saya kebetulan kenal dengan pegawai berusia 54 tahun ini (diambang pencen) melalui internet iaitu setelah dia dapat nombor hp saya di ruang maya, cukup saya namakan dia Abang Mat saja (bukan nama sebenar demi maruah beliau).

Abang Mat berkali kali telefon saya sebelumnya dan mau bertemu. Katanya dia bermasalah kencing manis lebih 20 tahun. Malah penyakitnya itu telah menyebabkan dia alami mati pucuk sekian lama. Abang Mat berterus terang sewaktu bertemu saya satu malam di sebuah restauran nasi kandar, tak jauh dari Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Dia sudah lama berpisah dengan isterinya dan kini tinggal bersama anak perempuannya.

Kata Abang Mat, beliau sedang berkawan dengan seorang wanita asal bumi kenyalang yang dikenalinya di laman sosial. Mereka saling mengenali agak lama dan merancang untuk dirikan rumah tangga. Cuma Abang Mat merasa bimbang kalau masalah yang dialaminya boleh menghalang kebahgiaan rumah tangga mereka nanti. Kerana itu Abang Mat mau tahu apa kah supplement berasaskan Maca/Catuaba dan Noni dapat sembuhkan masalah kencing manis dan mati pucuk yang dideritainya begitu lama?.


Sejujurnya saya jelaskan kepada Abang Mat bahawa saya tidak dapat bagi jaminan memandangkan penyakit beliau telah terlalu lama. Malah belum ada kes serius seperti beliau selama ini untuk saya jadikan rujukan. Apa pun saya sarankan Abang Mat mencuba sebagai satu ikhtiar dan usaha merawati masalahnya. Akhirnya Abang Mat meminta cadangan saya cara terbaik untuk ambil supplement  berasaskan Noni & Maca/Catuaba ini.

Dalam kes Abang Mat, dia ada 2 masalah iaitu kencing manis dan mati pucuk. Maka wajar penyakit kencing manisnya disembuhkan dulu kerana keberangkalian besar masalah mati pucuk itu berpunca dari kerosakan saraf akibat penyakit kencing manisnya yang sudah lama serta dibiarkan. Maka saya sarankan Abang Mat ambil 1 Pack Noni & 1 Kotak Maca/Catuaba. Dan saya terangkan juga cara untuk mengamalnya kepada beliau.

Selepas 3 hari, saya terima WhatsApp dari Abang Mat. Katanya sudah ada kesan positif. Ada rangsangan dan tindak balas di bahagian alat kelaminnya terutama setelah bangun pagi. Mengikut kata Abang Mat, hari pertama dan kedua, kadar gulanya menaik dan tidak konsisten. Hari ketiga banyak kesan positif. Saya nasihatkan beliau teruskan pengambilan gabungan dua supplement berkenaan.

Selepas seminggu Abang Mat telefon saya lagi. Alhamdulillah katanya sambil ucapkan terima kasih. Sudah banyak perubahan yang dia rasai. Paling disukainya kerana derita mati pucuknya kini hampir sepenuhnya sembuh. Dia kembali normal sebagai lelaki sebenar. Saya sendiri agak kaget seperti tidak percaya. Apa pun saya tumpang gembira kerana gabungan produk yang saya cadangkan ternyata membantu Abang Mat selain dengan izin NYA juga. 

Berselang sebulan lebih kemudian Abang Mat telefon lagi untuk order lagi kombinasi 2 produk berkenaan. Malah Abang Mat juga ada bayangkan akan menikah semula dalam masa terdekat jika dipersetujui anaknya. Barangkali wanita Sarawak itu lah pilihan Abang Mat. Semuga Allah permudahkan niat murni beliau.

Untuk lebih memahami keupayaan Ganoni/noni, tonton video berikut:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan